Selasa, 17 Jun 2014

Story


          
          Hana Harlina termenung dijendela biliknya,memerhati setiap titisan air hujan yang jatuh ke bumi Allah. Pandangannya jatuh kepada dua orang kanak-kanak yang sedang berlari-lari didalam hujan. Kotak ingatannya tiba-tiba memutarkan kenangan zaman kanak-kanaknya. "Hana,tunggu la aku". Azwan cuba mengejar Hana. "kau ni lambat la,cepat la sikit". Hujan semakin lebat. Hana mengayuh basikalnya tanpa berpaling ke belakang. Tiba-tiba Hana terdengar bunyi dentaman yang kuat. Dia menoleh ke belakang dan apa yang dilihatnya adalah Azwan terbaring dengan badannya dilumuri darah. Hana kaku disitu. Dia langsung tidak mendekati tempat kejadian yang dipenuhi orang ramai secara tiba-tiba. "Hana". Lamunannya terhenti oleh panggilan daripada ibunya. Dia mengesat air matanya yang tanpa disedari terjatuh ke pipi. "yaa ibu". sabut Hana. "jom turun makan sayang". Lantas Hana beredar dari biliknya dan mengekori ibunya ke ruang makan. Setelah makan Encik Azhan mengarahkan Hana agar mengekorinya ke ruang tamu. Hana menurut tanpa bantahan. Dia tahu pasti ada sesuatu yang ingin dikatakan oleh babanya. "Hana dah ada apa-apa rancangan? Hana dah seminggu dekat rumah". Pertanyaan yang simple daripada Encik Azhan. "Hana rasa Hana nak cari kerja". Jawab Hana dengan tenang. Perbincangan berlangsung antara dua beranak itu berakhir apabila azan zuhur berkumandang. "Hana buatlah keputusan yang Hana fikir terbaik. Jika Hana nak berkerja disyarikat baba,baba akan pertimbangkan". Kata Encik Azhan. "Insya Allah baba.Hana rasa Hana nak cari pengalaman ditempat yang lain dulu. Terima Kasih baba". Mereka bersurai untuk menunaikan kewajipan mereka sebagai umat islam.

          "Kenapa kau tak terima je tawaran baba kau Hana?" Tanya Fasya. Fasya dengan rela hati menawarkan diri untuk membantu Hana mencari pekerjaan. "aku malas nak bergantung dengan baba aku". Perbualan mereka terhenti kerana sesuatu insiden terjadi. Pandangan Hana tidak lepas daripada lelaki yang sedang terbaring dipinggir jalan, kepalanya berlumuran darah. Hana tahu dia mesti dan harus membantu lelaki itu.

                                                                                                                            bersambung.....